Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh...
Rasanya mesti dah start bulan ni sukantara kan? SK Bukit Jalil dah start Sukan Tara esok, esok Tahun 4 siapalah bakal melompat setinggi gunung everest dan lontarkan batu seberat buku yang kita bawa setiap kali ke sekolah. Buku tu je tak larat nak angkat apatah lagi bola yang berat giler nak mampus tu. Maaf guna bahasa KL Gangster. Dan siapa lah yang mampu nak lompat dengan setinggi Gunung Everest tu. Err, tapi Sofia tak masuk acara ni, sebab malas nak lompat dan baling, yang penting Sofia masuk Lompat Jauh! Yes, Sofia paling suka Lompat Jauh, kalau Sofia kalh tu, Sofia akan mati. Aiseh, nak bakar diri pun tak berani apatah lagi nak mati. Huhu, apa-apa pun kita tengok besok, adakah Rumah Kuning/Hijau/Merah/Biru akan menang. Oklah, disini sahaja Sofia mampu ucapkan, Sofia tak tau nak cakap apa lagi dah. Lagi sekali Sofia ucapkan. Assalammualaikumwarahmatullah.
By: Sofia

0 comments:
Post a Comment